Jawatan Kosong Sabah | Pengurus Projek Mini Pusat Internet 1 Malaysia – Beluran

JAWATAN KOSONG
SEBAGAI PENGURUS PROJEK MINI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M)

Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
Mini Pusat Internet 1Malaysia Kg Kolapis, 90107 Beluran, Sabah

PENGURUS
RM 2000.00 /Sebulan

Kelayakan dan Kriteria Calon

>Mempunyai Ijazah yang diiktiraf dan keutamaan kepada calon-calon yang

mempunyai Ijazah Dalam bidang Perniagaan atau Komunikasi Massa.

>Berumur antara 20 hingga 28 tahun

>keutamaan penduduk tempatan

>Berpengetahuan dalam bidang IT

>Berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan usahawan

>Boleh bekerja dalam pengawasan yang minima

>Boleh bekerja lebih masa

>Bertanggungjawab dan berdikari

>Mempunyai kemahiran berkomunikasi

>mempunyai nilai-nilai kepimpinan bermotivasi dan kreatif.

Tanggungjawab dan Skop Kerja

1. Pengurusan Pusat Internet 1Malaysia
>Mengurus dan mentadbir operasi harian PI1M

>Mengurus rekod kewangan dan semua aktiviti serta program yang melibatkan kewangan

>Menyedia dan mengemukakan laporan-laporan berkaitan kepada pihak ibu pejabat MSD mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Latihan
>Merancang dan melaksanakan latihan ICT yang bersesuaian dengan komuniti berdasarkan KPI yang ditetapkan.
3. Pembangunan Portal

>Mendapatkan maklumat dan informasi setempat untuk dimuatnaik ke dalam portal

>Memastikan portal PI1M dikemaskini mengikut jadual yang ditetapkan
4. Program Kesedaran dan Promosi

>Menjalin kerjasama yang baik dengan komuniti, agensi Kerajaan, NGO, agensi swasta dan lain-lain agensi bagi meningkatkan program dan aktiviti PI1M.

>Merancang dan melaksanakan program kesedaran dan menjalankan program tersebut dengan kerjasama pihak yang berkaitan

>Memberi pendedahan ICT kepada masyarakat dan mempromosi penggunaan Pusat PI1M di kawasan sekitar.

>Menggalakkan komuniti setempat untuk menggunakan teknologi internet bagi memasarkan serta mengiklankan produk tempatan.
5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

CARA MEMOHON

Mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari lamam web http://www.msd.net.my atau sediakan resume sahaja dan dihantar melalui yang berikut :

a) Emel ke alamat hr_jobs@msd.net.my atau

b) permohonan boleh dimajukan ke alamat

MSD Digital Intellingence Sdn Bhd No 13, Jalan Puteri 5/20, Bandar Puteri Puchong.47100 Puchong Selangor.

Tel : 03-80682300 Faks : 03-80682400

(u.p : *Unit Sumber Manusia)
 Tarikh tutup : 8 Disember 2017
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH MENGHUBUNGI NOMBOR 03-80682300 (UNIT SUMBER MANUSIA)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *