Jawatan Kosong Guru Pra Sekolah Al-Quran & Tahfiz Nadi Al Baghdadi (APC) Putatan

JAWATAN KOSONG
TADIKA AL-BAGHDADI PLAYTIME CENTRE (APC) PUTATAN

Sukacita dimaklumkan Al-Baghdadi Playtime Centre Putatan mempelawa warga Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi jawatan sebagai :

GURU PEMBIMBING

JAWATAN KOSONG GURU PRA SEKOLAH AL-QURAN & TAHFIZ NADI AL BAGHDADI (APC Putatan)
Kami sedang mencari guru sepenuh masa yang komited mengajar kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.

Syarat Kelayakan :
1. Menjaga Aurat Dengan Sempurna
2. Solat 5 waktu
3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik
4. Berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak / Mempunyai pengalaman yang seumpamanya
5. Sayang dan kasih pada kanak-kanak
6. Perempuan Muslim
7. Berkerja Lillahi Taala

*Gaji mengikut kelayakan
*Potongan EPF & SOCSO disediakan

CARA MEMOHON

Sedia untuk BERKERJASAMA?

Sila emailkan resume anda ke:

apcputatan@yahoo.com

Anda boleh menghubungi +60102252078 untuk temujanji temuduga.

TIPS KEPADA PENCARI KERJA

Baru sahaja tamat belajar dan sekarangĀ  mencari kerja? Sebenarnya ada cara mudah dan cepat untuk dapatkan kerja. Tapi anda perlu ikut 6 tips penting ni. Tips ini akan membantu anda bagi mendapatkan pekerjaan :-

1. Belajar Pelbagai Kemahiran AsasĀ 
Akademik adalah antara perkara pokok yang menjadi asas kepada majikan untuk melihat kebolehan anda, tetapi Akademik semata-mata tanpa kemahiran asas ianya akan menjadikan anda calon yang terpinggir.
Antara kemahiran asas yang anda perlu pada masa kini adalah

i – Kemahiran Menggunakan Komputer Dan Pelbagai Aplikasi
ii- Kemahiran Bahasa
iii-Kemahiran Berkomunikasi
iv- Lain-lain kemahiran teknikal

Apabila majikan melihat anda mempunyai banyak kemahiran, pasti ianya memberikan impak positif kepada anda. Jangan pula bila disuruh menaip laporan menggunakan komputer pun tidak tahu… oh tidakkk

2. Resume WAJIB kemas dan mantap
Ini adalah perkara paling penting sekali. Ianya umpama tiket anda untuk ke dipanggil temuduga.
Pastikan butiran di dalam resume anda adalah benar, mengandungi maklumat yang diperlukan oleh bakal majikan. Tidak perlu masukkan data yang tidak dikehendaki. Susunan perkataan, struktur ayat mencerminkan kredibiliti dan keupayaan anda.

3. MOHON Semua Kerja Yang Anda Minati
Ya ! Ini adalah langkah yang paling mustahak. Jika anda tidak memohon dan mencari kerja, bagaimana anda mahu mendapatkan pekerjaan? . Rajinkan diri anda untuk mengikuti dan membaca mana-mana laman web atau media sosial berkaitan mencari kerja, contohnya seperti :
Carikerjasabah.com, Kerjakosongsabah.com, Kerja1malaysia.com dan banyak lagi !
Pohon kerja yang bersesuaian dengan anda dari segi kelulusan dan kemahiran yang anda miliki.

4. DATANG Bila Dipanggil Untuk TEMUDUGA
Apabila anda telah berjaya untuk ke peringkat temuduga, sila jangan TOLAK untuk menghadiri sesi temuduga itu tanpa sebarang alasan yang munasabah dan kukuh. Hadir ke temuduga dan pelajari sebanyak mungkin perkara yang perlu anda siapkan sewaktu temuduga. Ianya juga adalah satu proses pembelajaran yang boleh menambahkan kemahiran anda.

5. BERLATIH DAN ULANGKAJI | KEMAS DAN TERATUR
Peringkat temuduga adalah juga tahap yang paling kronik dalam memastikan kejayaan anda untuk mendapatkan pekerjaan. Berlatih bercakap untuk sesi temuduga, menjawab soalan dengan penuh karisma dan tanggungjawab. Ulangkaji fakta yang perlu berkaitan kerja dan majikan.
Anda juga perlu kelihatan kemas dan teratur. Sila pakai pakaian yang bersesuaian untuk ke sesi temuduga. Susun sijil dan dokumen yang berkaitan dengan teratur dan mudah untuk dilihat.
Sediakan juga salinan resume, kad pengenalan dan sijil yang berkaitan.

MUDAH kan?
Apa yang penting anda harus terus berusaha dan tidak mengalah.
Selamat mendapat pekerjaan, dan ingatlah orang yang tersayang ^_^

Ikhlas dari kami
carikerjasabah.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *